Amanah's.


Assalamualaikum , viewers ! Thanks for your kindly step by our website . This Is Officially 5 Amanah 2011 and born on 07 February 2011. You know our name , not our stories . You heard what we've been done not what we been through . Just giving inspiration for those see the bright side . Those are negative , you are therapeutic . Do enjoy while staying here :D

All Right Reserved to Amanah Legacy
♥BEST BBQ 4EVER♥
Saturday, 28 January 2012, 21:06 | 0 Comments

Okay seperti yang dijanjikan hari ini saya mewakili Amanah Crew nak kongsi cerita tentang Jamuan BBQ kami..Sebelum bercerita sedikit details tentang Jamuan BBQ kami

Tarikh: 28 JANUARI 2012
Masa: Jam 5.30 PTG ~ Jam 10.30 MLM
Aktiviti : BarbeQue
Tempat: Rumah Hilmy(Kesumba)
Tetamu: 5 Amanah(2011) serta rakan rakan
Permainan: Truth or Dare
Baiklah Jamuan kami tak segempak konsert 'Awie dan Ella' tak semeriah 'Konsert Jom Heboh' tak setanding 'Royal Wedding' tapi Jamuan kami merupakan Jamuan terbaik untuk tahun 2012 ha3...OVER! Tapi memang betul bila Amanah sudah berkumpul apa lagi chit chat sana chit chat sini petik gitar sana main muzik sini memekak sana gelak gelak sini..Itu baru Amanah!

Tetamu sampai awal seperti yang ditetapkan baguslah baru ORANG MALAYSIA pukul 5 petang sudah sampai tolong apa yang patut.Walaupun samapi awal tapi bakar ayam pukul 6..memang la kan! Tapi tak apa sementara tunggu ayam dibakar kami sembang sembang dahulu ..Kata dah lama tak jumpa time ini la nak tanya macam macam.."Kau kerja apa sekarang?" atau "Kau couple dengan siapa sekarang?" ha3 macam macam lah...

Lepas Solat Maghrib dan buat sedikit Doa memohon kepada Allah agar Keputusan SPM kami cemerlang AMIN! dan Aliaa Syahirah serta Mohd Hilmy dipanjangkan umur barulah dapat makan ayam yang telah dibakar dan makanan yang disediakan oleh Mama Hilmy~ Semua sedap tahu! Ayam Bakar kami sampai budak budak kecil tanya "Ayam seketul berapa ringgit?" haha ada ada saja la budak kecil tapi kiteorank bagi saja sebab ayam banyak ..Kira Sedekah la tambah Pahala ngee~

Okay makan sudah apa lagi GAME la! Mula mula bila orang tanya nak main GAME apa? kiteorank jawab Truth or Dare semua macam mengelak ~ Tapi kata Amanah Join juga GAME ini..Okay details GAME pula

Syahiir: Pilih Dare (cabaran sebut ILY dekat .........)
Khadijah: Pilih Dare (cabaran pergi sapa mak cik mana tah)
Amelia: Pilih Dare (cabaran tarian hawaii depan orang sampai kami puas hati)
Shafeqa: Pilih Dare (cabaran beri secawan air kepada ........)

Qayyum: Pilih Truth (Soalan :Siapa awek kamu?)
Badri: Pilih Truth (Soalan siapa yang dia suka antara kami semua [girls]? )
Hanif: Pilih Truth (Soalan perasaan kamu terhadap ......?)
Amir : Pilih Truth (Soalan siapa yang kamu suka dalam kelas?)
Rashid: Pilih Truth (Soalan cinta pertama kamu?)
Aliaa: Pilih Truth (Soalan apa perasaan kamu terhadap ........?)
Helmi: Pilih Truth (Soalan apa yang kamu suka tentang ........?)
Ainol: Pilih Truth (Soalan benda paling jahat pernah kamu buat?)
Ili: Pilih Truth (Soalan perasaan kamu terhadap ..............?)
Ingat nak main lagi tapi jam menunjukan pukul 10  lebih kami pun berhenti sebab takut menggangu jiran sebelah~ Sebelum pulang salam besalaman dengan kawan kawan sebab lepas ini maybe tak dapat jumpa lagi huhu sedih semua ada!Ucapan terima kasih kepada rakan rakan yang bukan dari 5Amanah yang datang dan sudi memeriahkan suasana majlis malam semalam terima kasih semua! Pelajar pelajar yang tidak dapat hadir kerana sibuk ataupun ada hal

1)Khairul Anwar
2)Khairunnas
3)Hanafi
4)Fairuza Hanan
5)Elaine Elora
6)Syazwan Nizam
7)Thaarane
8)Yasmin Najaa
9)Fatin
10)Ain

Harap 10 tahun akan datang kalau ada Reunion kelas taupun sekolah jangan tak datang lagi rindu korang tak ada sedih pon ada ~Terima Kasih keran sudi membaca~ Apa nak gambar?  Sila klik dibahagian gallery kami.. Macam macam gambar ada~ Bukan setakat gambar BBQ ! Gambar kami ketika sekolah turut dimuatkan~



January Birthday ~
Saturday, 21 January 2012, 23:11 | 0 Comments

Muhammad Amiruddin Syafiq
January 7,1994

Aliaa Syahirah
January 30,1994



BBQ
Wednesday, 18 January 2012, 20:02 | 0 Comments

Tumblr_lr0xvj0n7u1qdoa2ro1_500_large  Tumblr_lsk8gcqdmb1qi23vmo1_500_large
API!!!!! Terbaik ^_^
Sungguh lama Blog 5AMANAH tidak beroperasi bukan apa sebab orang lepas SPM bukan? Merdeka sibuk mencari kerja sibuk berkenalan di Facebook Mencari followers baru di Twitter ataupun sibuk mencari keseronokan di bandar Kuala Lumpur.

Okay hari ini saya mewakili ahli The Crew nak bercerita tentang Reunion kami..Reunion la sangat baru tak jumpa berapa bulan..Selalunya Reunion ini buat dalam masa 10 tahun tapi kami Amanah Crew memang Gempak...Crew banyak duit.. Cakap aja Party?Kenduri?Majlis? Join sahaja! 

Baiklah kami kumpulan Amanah Crew ingin membuat BBQ.. Nak Join? Maaflah kata "Amanah Crew" Kmau Amanah ke? Tahun 2011 ... Jangan salah anggap! Bila BBQ ini saya tidak berapa pasti sebab mula mula buat RaYa Cina ..Tapi adalah Hamba Allah yang bagi 101 alasan jadi Mimi Asmida sebagai Host akan set up balik tarikh tapi tempat memang confirm di rumah Hilmy dan Amelia selaku bendahari kami lagi...Tidak Lupa Cik Siti selaku driver..Orang dapat License ini haih nak juga nama dia muncul! 

Rasanya ini sahaja cerita ringkas yang boleh saya sampaikan..Maklumlah sudah habis sekolah nak buat Karangan? Memang tolak tepi he3.. Jangan Marah ya.. Nak cerita lanjut nanti saya ataupun ahli crew yang lain akan updated cerita ini ataupun klik sahaja bahagian Gallery kami ada semua gambar dari tahun 2010 hingga kini.Terima Kasih kerana singgah dan Terima Kasih kerana sudi membaca .

by:Cik Siti



Labels: ,



Theme by LalaMonsterz
«
»